Mula sekali aku nak bagitau - ayat Quran pertama yang Jibril sampaikan kepada Muhammad SAW - Iqra' - Bacalah! Bacalah apa saja asalkan menambah ilmu pengetahuan. Manusia ni ada id dan ego. Nafsu dan akal. Terpulanglah pada setiap individu itu nak mengikut yang mana - nafsu atau akal.
Dalam 'Bible The Old Testament', serupalah kita membaca buku sejarah - kisah kejadian manusia (Adam dan Hawa) kisah Nabi-nabi, kisah Bani Israel menawan Palestin, kisah Firaun... Pendek kata samalah dengan Quran. Cuma di dalam Quran ada ayat penegasan untuk Muhammad, untuk seluruh manusia dan orang-orang Mukmin (kalau silap, betulkan aku, ye Ustaz). Dan satu lagi Quran ada ialah surah al Fatihah yang dalam kitab-kitab lain tidak ada.
Berbalik kepada tajuk kita, dalam 'Bible The Old Testament' ni, kepercayaan kitab ini pada keesaan Tuhan sangat jelas. Dengan jelas sekali kitab ini tertulis perkataan 'The Lord' yang dimaksudkannya dengan Tuhan yang Maha Esa (siapa lagi kalau bukan Allah Ta'ala). Tak semestinya Allah itu cuma tuhan orang Islam semata-mata. Allah itu bukan ke tuhan sekalian alam. Tak kiralah dalam kitab mana yang mengEsakan tuhan, pastinya tuhan itu ialah Allah Ta'ala kerana hanya Allah Ta'ala lah satu-satunya tuhan!
Kitab 'Bible' atau Injil (tak tahu sama ada Bible ini ialah Injil ataupun tidak) diturunkan Allah kepada Nabi Isa A.S untuk kaumnya - Bani Israel yang sebelum ini sudah dikurniakan dua kitab iaitu Taurat (Nabi Musa A.S) dan Zabur (Nabi Daud A.S). Tengok, betapa teruknya Bani Israel, sikit punya banyak kitab untuk dia. Oleh kerana bongkaknya Bani Israel ni, maka Nabi Isa A.S lari ke tempat lahirnya di Nazareth dan di sini hidupnya kaum Nasara (Nasrani). Dan ajaran Nabi Isa A.S diterima oleh kaum ini.
Hah, dalam Quran menerangkan Musa menerima kitab Taurat. Siapa tuhan Musa kalau bukan Allah! Siapa pengikut Musa - sudah tentu Bani Israel yang melarikan diri dari kezaliman Firaun. Di sini, dalam Taurat pastinya juga tertulis tuhan untuk Bani Israel ialah Allah Ta'ala. Begitu juga dalam kitab Zabur (kitab ini cuma mengandungi syair-syair dan zikir-zikir kerana Nabi Daud sangat merdu suaranya). Siapa tuhan Nabi Daud kalau bukan Allah Ta'ala. Jadi, untuk agama dari langit ini, tak salah kalau kitabnya tertulis nama Allah kerana itulah hakikatnya - ALLAH MAHA ESA.
CUMA! Sekali lagi, CUMA, dalam 'Bible The New Testament' ada sedikit kekeliruan di mana ianya berkisar sejarah hidup Jesus Kristus anak dari Nazareth. Ia menerangkan bahawa Jesus Kristus ini adalah anak Allah (kalau aku silap, betulkan ye). Di sinilah konsep 'Trinity' (Bapak, Anak dan Ruhul-Qudus) bermula dan penganut Kristian sangat mempercayai (menyesal sebenarnya dengan tragedi salib yang menimpa Jesus Kristus) Jesus Kristus ialah tuhan mereka. Tetapi, di dalam al Quran, yang disalib itu bukan Nabi Isa (diangkat Allah ke langit) tetapi seorang lelaki di kalangan mereka yang bernama Yahuda (yang pada mulanya murid Isa tetapi khianat dan menjadi penunjuk jalan ke tempat persembunyian Isa kepada tentera raja (lihat Quran surah A'li Imran : 55 dan surah Annisaa : 157-158)
Selagi kita percaya tuhan yang esa ialah Allah Ta'ala, tidak kiralah, dalam kitab apapun, bahasa apapun, untuk agama apapun, asalkan kita percaya. Terpulanglah pada seseorang itu hendak memilih agama apa yang dia percaya. Cuma dalam Islam, ada hukum hakamnya yang sampai ke sudah tak ada jawapan mutlak. Antara ulamak korup dengan ulamak integriti tak habis-habis bertekak. Yang pening, kita jugak... Cukuplah aku tinggalkan di bawah sebuah surah dari Quran untuk panduan kita semua sebagai manusia:
Katakanlah (wahai Muhammad),
"Dialah Allah yang Maha Esa.
Allah tempat meminta segala sesuatu.
(Allah) tidak beranak dan
tidak pula diperanakkan.
Dan tidak ada sesuatu yang
setara dengan Dia."
- AL IKHLAS -