Aku diperkenalkan dengan 'menatang' ni 20 tahun yang lalu oleh abang aku. Kitab tangram yang dalam gambar kat atas tu dah 20 tahun umurnya.
*******
Dua tahun lepas, aku ada buat catan yang menggunakan subjek tangram ni. Satu dari catan aku tu ada kat butik 'Doll's', ataupun kedai Shap kat Bukit Bintang. Aku tak tahulah sama ada dia letak lagi ke tak catan aku ni. Aku pun dah lama tak ke sana!
*******
Kenapa aku guna subjek tangram dalam catan?
*******
Tangram ada 7 keping 'tans', dan dari tujuh keping inilah disusun lalu menjadi objek siluwet- tanpa bertindih. Proses ini aku ekspreskan daripada surah Genesis dalam al kitab Torah ataupun Perjanjian Lama yang menceritakan alam dicipta oleh Allah Ta'ala dalam masa 7 hari dan alam serta manusia ini dicipta dengan sangat, sangat sempurna - walaupun sebenarnya ianya bukanlah sebuah ciptaan yang konkrit - tapi terbaik dan terpilih.
*******
Dari 7 keping tans ini, ia boleh menghasilkan lebih dari 1000 objek - dan inilah perlambangan kehidupan yang ada macam-macam kerenah dan drama.
*******
Set tangram yang aku sekarang ni adalah set kayu. Yang asalnya aku punya ialah set kepingan plastik berwarna hitam seluruhnya, tapi dah hilang la kan. Set kayu ni diwarnakan dan konsep ini aku masukkan ke dalam catan aku untuk melambangkan bahawa diri kita, alam kita ini, di setiap bahagiannya ada rona (aiceh - rona la pulak) - dalam satu ada banyak ATAU dalam banyak ada satu (fuh, dalam... dalam...). Hahahahaha
*******
Sekian.