Sabtu, 28 Februari 2009

Pejam celik, pejam celik, dah tiga tahun dah dia...

27 Februari - "Selamat hari jadi, Emir Tulus".

Sayangnya, aku tak ada kat sebelah dia. Hanya Opah dan Atok saja yang belikan 'marble cake' kat kedai runcit Nasir, dan mereka menyambutnya tiga beranak.

Aku kat KL, kerja untuk set teater kat Panggung Bandaraya. Dah dua minggu lebih aku kat sini. Tak sabar tunggu Selasa ni, aku balik, nak sambut harijadinya dengan lebih meriah lagi.

Aku telefon maknya dan ucapkan 'a very happy birthday' dan maknya juga ucapkannya kat aku. Kami saling merindu tapi masing-masing tak mengaku! Hahahahahaha... Porah!

Malam harijadinya, aku dengan Rene lepak kat Jalan Alor - lepak dalam hujan, bawah payung. Perjalanan pulang ke rumah Salleh (rumah aku menumpang sepanjang dua minggu di KL), aku dengan Rene tolong seorang mamat naik motor kena sodok dengan kereta - amoi (hmmm) kat seberang jalan Zoo Negara. Rene paling berani tolong mamat tu yang berdarah muka, aku pulak dok terpacak - tak tahu nak buat apa, dah fikir yang bukan-bukan. Bodoh punya Hariry...

Tadi aku talifon Emir, dia tanya aku kat mana kemudian dia cakap dia dah makan kek harijadinya kemudian dia nyanyi lagu 'happy birthday' (walaupun pelat, tapi melodinya tepat), opahnya ajar. O Allah, ini sangat peribadi -

...

Kawan Yati, kawan aku, semua kirim hadiah figurine Ultraman - hahahahaha. Semakin penuh koleksi Ultraman dia nampaknya.

Emir Tulus, anakku.

Bila gua cakap 'jangan', maknanya 'jangan' lah. Tapi lu tetap nak buat jugak, nak rasa sendiri - nah, gua kasi lu rasa!

Lu sakit, lu cari gua dengan Opah lu jugak. Itulah manusia, anak. Kita kena kembali kepada sesuatu juga akhirnya. Ibarat orang lemas terkapai-kapai mencari sesuatu untuk berpaut.

...

Jumaat, 13 Februari 2009

Jawapan dari individu aku

SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.

TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.

Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.

Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :

"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"

**H/R Muslim.

Imam Al-Barbahary berkata :

"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"

**Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.

"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)"

*Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.

Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):

"Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki."

*Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.

Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Waallahua'lam.

Ini adalah petikan dari komen Pena Minang <klik sini> di entri aku 'Da-ulat'.

Terima kasih banyak-banyak lah Pena Minang kerana sudi memberi ilmu di sini. Aku secara jujurnya menghargai anda. Aku sentiasa menempatkan diri aku sebagai manusia jahil yang ketagihkan ilmu. Tapi, di sini aku juga dengan jujur ikhlasnya ingin berkongsi kembali pendapat anda di atas. Sengaja aku siarkan komen anda di entri bukanlah dengan niat ingin memalukan tapi dengan berbesar hati aku mahu maklumkan ia sebagai ilmu. Satu lagi, aku nak jawab di ruangan komen tu, tak puas - kecik sangat. Hehehehehe

Aku sedaya upaya cuba untuk tidak konfius, tapi akhirnya konfius juga. Untuk pengetahuan saudara, aku lebih suka mencari jawapan hidup yang logik dan 'confirm' niat aku hanya semata demi Allah Ta'ala tuhan sekalian alam - ini sumpah aku dalam doa iftitah - "solatku, amalanku, hidupku dan matiku adalah demi Allah Ta'ala tuhan sekalian alam."

Bab solat contohnya, kenapa gerakan fizikal solat itu begitu? Dan kenapa bacaan di setiap pergerakan itu begitu? Dan jawapan yang logiknya aku terima - selain kita menyedarkan diri sebagai hamba malah hanya ciptaan Allah Ta'ala, pergerakan solat juga merupakan satu senaman dan bukankah kita menjadi segar kerana lima kali sehari kita disirami air (wudu'). Itu logiknya.

Anda bicarakan bagaimana kita harus mentaati pemimpin dan anda berikan Ahlus Sunnah dan atitiudnya di sini sebagai panduan. Baik, di entri aku 'Da-ulat', terang-terangan aku langsung tidak menghormati raja-raja melayu. Dan tentu anda mahu tahu kenapa aku begitu pendiriannya?

Kembali pada logik. Dalam konteks masyarakat kita, kita diajar di sekolah bahawa majlis musyawarah lah yang menentukan siapa jadi ketua kelas, ataupun pengerusi PIBG. Cadangan calon dan undian lah yang menentukannya. Begitu juga dalam perihal kita melantik imam di masjid. Majlis musyawarah inilah yang melantiknya, bukan terus-menerus mendapat wahyu dari Allah Ta'ala. Konsep musyawarah ini atau dalam istilah sains politik - demokrasi, juga digunapakai oleh lanun-lanun di lautan Carribean melantik kapten mereka. Malah Muhammad juga mendesak kita supaya bermusyawarah (bagi yang tak tau apa itu musyawarah - mesyuarat le...) dalam membentuk komuniti.

Dan siapa yang kita lantik ni? Bani Israel setelah 40 tahun disumpah oleh Musa, mereka menyesal kerana tidak menyerang Palestin, lalu mereka bertemu Somu'il (Samuel - menurut perjanjian lama), dan Somu'il dengan izin Allah yang ketika itu dianggap sebagai ketua, telah melantik Talut si gembala untuk menjadi raja. Hanya gembala - bukan dari kalangan ketua-ketua yang sedia ada. Seseorang ketua dilantik dari kalangan komuniti kita sendiri. Jadinya, konsep raja turun-temurun anak-beranak dia ni adalah bukan konsep kita. Malah kisah-kisah nabi seperti Ibrahim, Musa, Zakaria, Yahya dan Isa itu sendiri menentang golongan raja-raja yang dah tau dah, raja ni banyak yang sesatnya selain perbezaan status masyarakat. Inilah hikmahnya putera-putera Muhammad tidak panjang hayatnya dan setahu aku, Muhammad tidak pula meninggalkan istana sebagai pusakanya!

Jika anda menegaskan umat islam harus mencintai sesama sendiri - bagaimana pula dengan manusia yang bukan islam? Tidakkah anda terfikir kenapa manusia bukan islam di sini mula berani bersuara - bukankah kerana tiada berlakunya keadilan? Apakah manusia bukan islam di sini tak ada hak untuk hidup? Hanya melayu dan sultannya semata? Jika sultan itu benar pemimpin islam kita, kenapa dia tidak merendahkan dirinya menjadi imam di masjid? Dan jika anda berani, pergilah ke Hotel Istana Kuala Lumpur, tatkala ada kereta-kereta mewah berlogokan 'di-raja', pergilah jenguk apa yang mereka buat di situ? Bersundalan itukah yang kita taat dia sebagai pemimpin?

Satu lagi logik - menegur imam yang salah ketika solat. Kenapa dibenarkan tegur? Di sini, kita lihat bahawa tak semua imam/pemimpin tu 'terer'. Ada yang lagi 'terer of terrorist' kat belakang tu. Jangan main-main, jemaah dah sebulat suara lantik kau jadi imam, tapi kau tak boleh bawa kami ke jalan keredhaan, apa cerita beb? Sekali lagi ditegaskan, kita tidak seharusnya membuta tuli ikut pemimpin kerana pemimpin adalah pilihan kita.

Aku juga tak setuju kalau buat pedajal yang bukan-bukan nak jatuhkan pemimpin. Beb, be gentlemen lah... Aku, secara peribadinya, takut masa dipilih menjadi ketua pengawas di sekolah dulu sampai aku terpaksa lepas jawatan pengawas - jadi budak biasa lagi bahagia. Bukan senang nak pimpin orang oi! Diri sendiri pun kantui.

Dan anda menegaskan bahawa "tugas ulama' ialah mendidik rakyat dan menyebarkan segala kebaikan pemerintah, mengenang budi dan jasa di atas pembangunan...", beb, ini tak payah ulama', wartawan Daily Oriental pun boleh. Dahulukala lagi, hanya pengarang (bukan ulama' ya) mewar-warkan kepada rakyat bahawa raja-raja melayu ni berasal dari dewa-dewa dan Iskandar Zulkarnain. Pembangunan apa yang dimaksudkan? Rakyat tak harap pun kondominium yang boleh diduduki oleh orang kaya. KLCC, rakyat tak harap pun. Rakyat nak hospital dan sekolah - free of charge! Rakyat yang ada sakit buah pinggang dan kanser nak rawatan free. Ini yang rakyat nak. Duit habis berubu-ribu masuk kolej, tapi peluang kerjaya tak ada - apa ni?

Jangan fikir semata-mata mempertahankan islam (sebenarnya pertahankan melayu), kita menyokong pemimpin sehingga kita lupa bahawa bumi Allah ni bukanlah dihuni semata oleh orang islam (walaupun matlamatnya begitu). Ada juga orang yang mengaku islam yang rogol budak.

Aku mahu logik lagi - jika benar islam ni sebuah agama dan kerajaan yang suci, buktikan sehingga manusia yang kalian panggil kafir itu tersenyum dan berpuas hati sehingga mereka kata, "ISLAM IS THE BEST!"

Dan aku pun tak tahu anda sokong siapa sebenarnya dan aku pun tak tahu aku sokong siapa sebenarnya. Sama-samalah kita yang jahil lagi hina ni cari keredhaan Allah Ta'ala.

Wallahu'alam fissawwab...

Khamis, 12 Februari 2009

Da-ulat!


Dengan mak dan nabi pun kita derhaka, inikan pula raja-raja melayu!


Cet, porah lah daulat tuanku!


Daulatkan diri sendiri dulu!

Rabu, 11 Februari 2009

Bab 6: Perlembagaan - Pengenalan

“PERLEMBAGAAN amat diperlukan untuk menjayakan institusi negara dan mencorakkan tingkahlaku pemerintahan dan rakyat negara berkenaan. Umumnya, perlembagaan dianggap sebagai satu alat penting yang dapat mengelakkan berlakunya konflik dalam sesebuah masyarakat. Apa yang nyata, manusia menghadapi banyak masalah dan mereka sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikannya dan perlembagaan diharapkan untuk memberi keadilan kepada semua dan tidak meragukan mana-mana pihak sekalipun.

Namun, persoalannya sekarang ialah adakah syarat-syarat perlembagaan mudah difahami oleh rakyat atau ia terlalu teknikal dan abstrak sehingga ia dikatakan agak mengelirukan? Ia dirasakan sedemikian kerana kini telah wujud perubahan sosial dan sikap manusia juga berbeza jika dibandingkan pada abad ke-16 atau abad ke-18. Manusia kini telah menyedari dan percaya kepada apa yang dikatakan oleh sebuah kerajaan yang berdasarkan undang-undang dan bukannya kata-kata orang yang memegang tampuk pemerintahan. Kini, perlembagaan diterima sebagai satu formula hakiki yang mencorakkan kuasa di sesebuah negara yang harus diterima dan dipraktikkan selaras dengan perkembangan ilmiah manusia itu sendiri. Di sinilah peranan perlembagaan dapat ditekankan dalam menguatkan kehendak-kehendak manusia yang sentiasa inginkan keselesaan penghidupan dan mengharapkan agar penguatkuasaan perlembagaan dan undang-undang akan menjaminkannya.

Namun, ruang lingkup perlembagaan perlu diperluaskan dalam banyak perkara dan aspek. Misalnya, yang berhubung dengannya sumber kuasa dan kedaulatan, ciri-ciri hak asasi, jenis kebebasan yang dibenarkan dan persoalan siapa yang menjamin dan mengekalkan syarat-syarat perlembagaan supaya ia tidak dimansuhkan oleh golongan yang ada kepentingan tertentu.”

dipetik dari K. Ramanathan, ‘Asas Sains Politik’, Penerbitan Fajar Bakti, Kuala Lumpur, Edisi ketiga 2003, hal. 240.

Ruhi Gabriel




Sabtu, 7 Februari 2009

Masjid

Ini Masjid Quba,
masjid pertama yang dibina oleh Muhammad.

Khutbah Jumaat di masjid kampung aku hari ini membicarakan soal masjid <klik sini> dan fungsinya kepada umat manusia seluruhnya sebagai pusat komuniti, pentadbiran serta kehakiman. Peliknya, khutbah ini dengan realiti – sangat bercanggah! Khususnya realiti di sini – di kampung aku, Malaysia yang tercinta.

Khutbah ini mewar-warkan bahawa masjid seharusnya menjadi pekan, sekolah, pejabat penghulu dan mahkamah. Kita jangan bayangkan bahawa masjid sebagai sebuah dewan sembahyang semata-mata. Masjid yang dimaksudkan dalam khutbah ini ialah sebuah pusat – semua manusia berkumpul melakukan aktiviti harian dan dalam pada masa yang sama mengingati Allah Ta’ala sebagai pencipta mereka.

Selain dewan sembahyang, masjid seharusnya memiliki kawasan di mana di situlah terletaknya bazar atau kedai, perpustakaan, internet, sekolah (bukan semata KAFA) – ianya sekolah ilmu dunia yang liberal serta kawasan rekreasi untuk anak-anak muda lepak dan tempat permulaan demonstrasi jalanan (kakakakaka - memandangkan dalam sejarah kita, Masjid Negara dan Masjid Ubudiah <klik sini> menjadi tempatnya). Baik, lupakan pusat pentadbiran dan mahkamah dulu. Bayangkan, sebuah masjid di kampung anda dikelilingi semua infrastruktur asas sebuah komuniti yang disebut di atas, tentunya masjid lebih bersifat harmoni. Hospital di zaman Ibnu Sina - di tengah-tengah bangunan hospital itu ialah masjid yang melambangkan manusia sebagai ciptaan Allah - dan kepadaNya lah manusia kembali; dan mereka percaya bahawa segala penyakit itu penawarnya ialah Allah Ta'ala.


Manusia adalah ciptaan yang selalu lupa. Jadi, untuk sentiasa mengingati penciptanya, masjid dijadikan teras sesebuah masyarakat. Apabila berniaga di kawasan masjid, amalan tipu timbang dan riba tak akan berlaku kerana malunya dia pada tuhannya (hanya manusia yang tamak saja yang sanggup melakukan). Apabila anak-anak muda bermain sepak takraw di kawasan masjid, sudah tentulah jemaah masjid akan dihadiri oleh anak-anak muda yang gagah perkasa dan memenuhi saf-saf serta mengaminkan doa dengan bersemangat. Tidak lagi akan kedengaran dengkuran makmum ketika Imam membaca surah As-Sajdah! <klik sini>


Islam sangat menegaskan asal kejadian manusia iaitu Adam dan penciptanya yakni Allah Ta'ala. Bukan sahaja Qur'an, malah Genesis juga bercerita tentang perihal yang sama. Islam juga percaya bahawa institusi masjid boleh mencipta sebuah negeri yang utopia - tak ada kejahatan, semuanya baik-baik belaka - kerana alasannya manusia dekat dengan Allah Ta'ala dan mengamalkan budaya hidup seperti yang disarankan oleh kitab-kitab suci di mana menekankan intergriti urusan jual-beli, agihan harta, amal kebajikan dan hak wanita.


Keharmonian, kebahagiaan, kejujuran, kesederhanaan, keindahan, kewangian, keadilan, kesaksamaan, kesamaan - ini semua bukan saja impian manusia Islam semata. Ianya lojik impian seluruh manusia tanpa mengambil pusing sama ada manusia Melayu, Cina, India, Yahudi, Dutch, Afrika, Arab, Jawa, Batak dan sebagainyalah.


Inilah yang disarankan oleh Islam dan inilah intipati khutbah yang aku dengar siang tadi. Tetapi, aku tak tahulah di tempat lain sebab aku sekarang selesa di atas sofa buruk aku dari keluar menjenguk ke rumah jiran (hehehehehe), kita di sini, masjid hanya sekadar dewan sembahyang yang berkarpet belang-belang. Kita tidak mengimarahkan (pinjam orang PAS punya 'favourite line') masjid seperti yang diusulkan. Kita tidak taat setia pada masjid, tetapi kita terlebih taat setia kepada bangunan lain yang binaannya sama dengan masjid! <klik sini>


Jika manusia Islam sering menyalahkan manusia agama lain (hanya kerana taksub dengan perkataan 'KAFIR') kerana kegagalan agama Islam itu sendiri, kenapa tidak saja melihat terlebih dahulu silap sendiri? Khutbah ini jelas sekali menunjukkan percanggahan - manifestonya tertulis lain tapi praktiknya lain! Ini belum lagi khutbah yang menyentuh soal kebersihan dan selepas solat Jumaat, masuk saja ke tandas - ? (faham-faham je lah orang kampung suka makan petai, jering...). Tapi, diingatkan, ini aku bukan nak burukkan Islam. Tandas di gereja juga begitu ya!


Cerita panjang-panjang pun tak guna. Eh, Mas AF tu kenapa ye?


Kekekekekekekeke...

Jumaat, 6 Februari 2009

SembangSumbang

Sebelum *dia meninggal dunia, dia meninggalkan aku beberapa pesanan dan minta disebarkan kepada semua apabila tiba ketika dan waktunya. Dan aku merasakan inilah waktunya...

  • Kepada melayu - keluarlah dari agama islam walau hanya sekali atau selama-lamanya.
  • Kepada bukan melayu (bukan islam) - tukar nama kalian kepada nama Arab walau hanya sekali atau selama-lamanya.
  • Hiduplah tanpa desakan duit.

Tiga perkara ini dapat menyatu-padukan umat manusia di muka bumi Malaysia tercinta ini...

***dia ialah seorang patriot.

Khamis, 5 Februari 2009

Kunci


Takkan UMNO hilang di dunia

Aku pada mulanya melayan juga perihal politik di negeri tanah tumpah darah mak aku bersalinkan aku dan di tanah negeri ini juga tembuni aku ditanam. Yang paling 'best', bapak aku terus menyerbu aku dengan mengatakan: "BN dah ambil balik!" - hahahahahaha

Ah, aku peduli apa - aku dah tak peduli pasal politik-mitik ni. Permainan politik kita kat sini buatkan kita jadi bodoh. Tak 'best' dan tak ada pembaharuan. Setakat pembaharuan lompat-lompat (mungkin istilah demokrasi di sini ditukarkan kepada 'LOMPATKRASI'). Kalau lah arwah Aristotle hidup kembali dan melihat demokrasinya di sini begini, tentu dia mati semula. Pengkhianat-pengkhianat hari ini yang menariknya bergerak secara terbuka tanpa ada perbincangan di sebalik tabir - tapi ia lebih saspen untuk drama bangsawan - tak tahu pergerakan pengkhianat ni menyebelahi siapa, perhhhh - satu kajian drama melayu rupanya...

Kita lihat kekuatan BN ialah pada masaknya mereka memiliki negara Malaysia yang tercinta ni. Mereka kuat disebabkan Utusan Malaysia, TV3 dan 'the guardian' (bukan surat khabar liberal kat England daa, ini 'guardian' tu, si SB tu...). Peranan 3 unsur ni sudah cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan PR adalah tak berguna.

Dan ketakbergunaan kerajaan PR menjadi nyata apabila media-media milik PR tidak dapat meyakinkan rakyat, malah tidak telus juga. Begitu juga tindakan-tindakan yang dibuat oleh PR, dengan mudah menjadi 'target point' untuk ditembak oleh BN. Isu Toyota Camry, lembu korban, Exco ada gundik, tabika Kemas dan tanah 999 tahun - ini mudah bagi 'the guardian' untuk paku dulang paku serpih - dan harus sedar bahawa bangsa melayu sangat emosi apabila menyentuh hal melayu dan islam! Setakat isu PPSMI tu, alah...

Aku masih ingat, ketika PRU 12 baru saja selesai, aku bersembang dengan kawan aku, katanya, "Wakil rakyat kerajaan PR ni tak perlu diberi gaji dan kereta mewah. Biar mereka bergerak secara jujur demi rakyat. Terus rapat dengan rakyat - hanya ini senjata yang dapat mengalahkan kepakaran permainan BN iaitu media." Pada mulanya aku tidak mengendahkan kata-kata dia ni, tapi hari ini, baru aku tahu bahawa inilah padahnya kalau kaduk dah naik junjung.

Bukan mudah untuk meyakinkan orang lebih-lebih lagi PR baru saja tak sampai setahun memegang kerajaan negeri. Kesilapan strategi Anwar Ibrahim dalam permainan ini memberi impak yang kuat. PR kena sedar bahawa musuhnya bukanlah Najib dan sekutunya tetapi MEDIA DAULAH PECAH mereka! Ini yang perlu dihapuskan, menurut pandangan aku la...

Aku ajak kau orang hapuskan yang satu ni, kau orang tak nak - SULTAN. Ini lagi tak guna. Ah, aku nak tulis pasal lain tadi. Tak pasal-pasal buang tenaga aku tulis pasal benda ni. Aku nak tulis pasal McDonald Malaysia dah lancarkan harga baru - gila babz MURAH! Kesian McDonald, sejak kau orang boikot Israel, tak pasal-pasal dia kena buat jualan murah. Ala, satu lagi di musim gawat ni, mana ada orang nak perabih duit sangat nak makan benda yang tak berkhasiat ni. Baik makan biskut lutut dari makan McDonald.

Syukur kat Kuale tak ada McDonald. Ada cuma KFC, tapi orang Kuale tetap cari laksa dan cendol.

Rabu, 4 Februari 2009

Rukunegara pertama: Percaya kepada Tuhan, eh, Allah, eh, Jehovah, eh...?



Merafak sembah, menjunjung duli - CET, PORAH!

*******

Aku ada terbaca dalam akhbar sisipan MEGA - Utusan Malaysia, tajuk rencana tersebut ialah 'Kerabat Penyayang' di Malam Puisi Utusan (mukasurat 9).

Kalau sekarang ni, sibuk dengan acara baca puisi kat mana-mana je, tak ada lain temanya hanya Palestin, Palestin, Palestin, Palestin, Palestin, dan Palestin.... Dan Malam Puisi Utusan ni dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja yang menamakan diri mereka 'The Caring Royal' kononnya sangat mengambil berat tentang Palestin dan meninggalkan penyataan: "Kehadiran kami ini merupakan bukti kepada rakyat bahawa kerabat diraja juga prihatin dan simpati terhadap rakyat Palestin." Cet, woi - tukar penyataan lah! Dalam hal ni, tak ada kerabat-kerabat, deh! Kamu hanya manusia yang asalnya sama dengan tanah liat yang orang Sayong bikin labu.

*******

Kemudian, kalau tengok berita TV, wartawan yang bertugas di Gaza tu pun dah tersampuk bunyi Arab semasa melaporkan beritanya. Gaza disebut Ghoza, Palestin disebut Filistiin... Agaknya dah sampai sana baru tau sebutannya begitu ya! Terima kasih, sebab aku pun baru tau - kakakakakakaka.

*******

Alamak, ulamak dah naik minyak. 'Allah' ialah tuhan untuk orang islam sahaja. 'Herald Catholic' memang cari nahas (pada mulanya aku baca Utusan Malaysia dia tulis 'Harold Catholic' dan aku pun jenuh lah fikir eh, ini mazhab katolik yang mana pulak ni? Kemudian, esoknya dia tukar jadi 'HERALD CATHOLIC' (dengan saiz fontnya yang besar! - kakakakakaka).

'Herald Catholic' sama dengan majalah 'Al Islam'.

Soal bahasa, itu bukan masalahnya. 'Herald Catholic' dan 'Al Islam' boleh saja menulis begini: "JEHOVAH DAN ALLAH BERBEZA DARI SEGI BAHASA, YANG SATUNYA BAHASA HEBREW, DAN SATU LAGI BAHASA ARAB; TAPI IA TETAP TUHAN YANG SATU, MAHA AGUNG LAGI MAHA BERKUASA. KITA HANYA MANUSIA CIPTAAN-NYA, YANG LEMAH LAGI TAK BERDAYA DAN TAK ADA BEZA ANTARA..."

Ish, susah betul nak fahamkan kau orang ni lah!

Ahad, 1 Februari 2009

Rapsodi Patriaki

kau tu dah tua...
bawa-bawa la berehat...
party sana party sini...
main sana main sini...
kesian anak-anak kau keluar dari puki murahan
(tapi kena bayar kelinik mahal nak keluarkan diorang!)...

anak kau makin hari makin besau!
kau makin lama makin sasau!
pantang jumpa jantan - WOW!
terus bukak seluau!
tak peduli dah kangkangnya bau udang geragau!

batang melayu, cina, mat saleh, keling,
semua ko sapu keliling.
modalnya dapat stoned sikit-sikit pening.
tengah layan movie tetiba american piling.

pusingan hidup kau dah ada dalam poket!
party, stoned pastu kongket!
"budak KL memang macam tu - kerek!
mana boleh hidup dengan laki sengkek!"
(ni kata-kata tukang urut dari Melekek)

woit - mati tak tau bila.
mati sekarang ni macam-macam jenis pula!
ada biasa, ada kena lenyek lori gula!
mati yang memalukan, ish mintak jauh la!

anak hari-hari dok ngigau - mummy, mummy.
tidor dalam buaian macam tidor atas jerami.
tak tahulah apa visual mimpi.
bapaknya resah panggil bomoh jampi.

tak tahu lah kita, sampai bila begini benci bengis.
tak boleh damai macam arab dengan zionis.
aku cuma ingatkan kau cukup-cukuplah berparty.
bukan aku dengki, tapi jauh di sudut hati -

Ini kawan aku punya hasil kerja - baru bercerai sebab janda dia suka joli, dia pulak macam dah 'insaf' - kakakakakakaka...

Biarlah dia meroyan sepuas-puasnya. Aku ucapkan pada dia - SELAMAT DATANG KE 'PEKUDA' - Persatuan Kebajikan Duda-duda.

'Double' KAKAKAKAKAKAKAKA....