Jumaat, 30 Januari 2009

TiVi


Pinjam tulisan tajuk stail Shahnon Ahmad punya novel, sebab apa yang aku nak tulis ni pun tentang keburukan sebuah peti yang kononnya dilabelkan oleh sesetengah mufasir sebagai 'dajjal bermata satu"!


Semasa aku memohon untuk sambung belajar di LFS, aku dapat dia punya buku prospektus. Di mukasurat pertamanya ada gambar seorang pemuda sedang tidur di katil, di dinding biliknya terconteng: "theatre is life, film is art, television is furniture!" - hahahaha ini penyataan sebuah sekolah filem yang sangat memegang kuat pada seluloidnya. Tapi kalau di ASWARA, mungkin begini penyataannya: "teater tak boleh cari makan, filem dan televisyen ialah sebuah jabatan yang porak-peranda!" - 'double' kakakakakakakakakakakaka.


Kalau Shahnon Ahmad menceritakan tentang bahaya tivi dan gajet ketika itu - pemain VHS, sehingga VHS 'blue film' menjadi santapan anak-beranak! Tapi, hari ini, 'blue film' dah tak ada dalam bentuk VHS - malah dalah henfon dah berlambak yang Melayu punya. Jadi, 'blue' dah tak jadi hal sekarang ni. Yang pelik ialah apabila seorang pakcik tua menonton 'Blue's Clue' - kekekekekeke.


Tivi dan pengaruh - ini memang tidak dapat dinafikan. Budak-budak yang lahir dalam tahun 80's (sebut: atheis), bermak-bapak dan bercikgukan tivi. Aku perasan, anak saudara aku dulu, kalau ada iklan di tivi, pasti tak berkedip matanya. Filem-filem P. Ramlee, kalau tak ada tivi, Apek dan Nabil tak wujud hari ni.


Masa sekolah kampung aku sambut perayaan 100 tahun yang dirasmikan oleh Encik Ghafar Baba (ketika itu allahyarham TPM), orang-orang RTM sibuk datang 'cover' majlis ni, dan berpusu-pusulah budak-budak kampung mencari lensa kamera. Sebelah malamnya, apabila siaran berita, ramailah yang tertunggu-tunggu untuk melihat muka sendiri dalam tivi dan berbangga kerana wajahnya dapat dilihat di seluruh negara.


Kita mengenal pemimpin-pemimpin dan artis-artis (apalagi) melalui peti perabot ini juga, ya!


Seorang sahabat, seorang pelakon tivi (agak popular suatu ketika dahulu), telah tersesat di sebuah 'spa' (ehem-ehem). Tiba-tiba ada kejadian gaduh (tak melibatkan sahabat ni pun) dan polis segera datang. Seorang anggota polis dah terperasan sahabat ni lalu menghampirinya, "demo buak gapo sini! Kalu oghey napok, malu ke demo! Gi, gi!"


Ahah! Bila muka dah keluar tivi, orang ramai sudah cam, dan ada pula peminat, tentunya terselamat jika terjebak ke dalam kes seperti di atas. Tapi kalau orang tak suka, tengok lah tivi ni hebahkan kemaluan dia!


Malah, bukan saja pelakon, seorang cikgu sandaran pun, kalau muka dah dapat keluar tivi, kuasa keyakinan akan bertambah walaupun dia tak sedar yang dia sedang menunjukkan kebodohannya (ala, ini kes cikgu sandaran yang ditamatkan kontrak sebab mengandung tu... Inipun nak panggil TV3 - aiyaaa).


Selebriti adalah tunggak sebuah tivi ni sebenarnya. Pembaca berita juga dilabelkan oleh mufasir kita sebagai selebriti, yakni selebriti tivi! Mereka ini hidup dalam dunia plastik dan 'polystrene' - yang bikin mereka ini kelihatan sangat cantik dan berjaya menawan hati pak haji dan mak haji di kampung. Mereka disanjung (sebab itu UMNO boleh bertahan lama sebab gosip-gosip UMNO dipaparkan melalui tivi - DAP jangan harap lah!), dipuja dan ada aura tersendiri. Jika terserempak dengan mereka di pasar malam, kita akan toleh dua kali lalu berkata, "eh!?"


Sebenarnya aku nak tulis pasal Diana Danielle yang tak pergi PLKN, tapi fikir-fikir balik, ah, dia lawa, anak orang kaya, pelakon popular, baru lepas putus cinta dengan Shamsul Yusof - nanti tak boleh konsetret pada kursus, nanti kulit dia calar, kan susah. Kesian dia. Lagipun dia boleh ambil kelas menembak sendiri - tak perlu masuk PLKN! Helikopter pun dia boleh beli...

Khamis, 29 Januari 2009

Kundas


Aku tak pernah jumpa kueh ni kat tempat lain. Kat kampung aku ni, masa aku kecik-kecik, dulu ada restoran mamak Ali - kat sinilah aku berkenalan dengan kueh kundas ni. Kalau kat pekan kuale, kat restoran mamak Rahmaniah ada. Tapi sekarang, kundas dijual oleh Kak La dan ianya sarapan kegemaran aku!


Ramuannya hanya tepung gandum yang diubuh ibu roti, kemudian digoreng. Ada kuah pencicahnya - kuah kacang atau kuah cili.


Kepada handai taulan yang bertanya sampai berkerut-kerut dahi: "Kundas!? Apa tu?", inilah dianya kundas. Aku tak kaji pulak asal sejarahnya. Mungkin 'founder' kueh ni bernama Kundasamy ataupun berasal dari Kundasang (eh, Lenny, betul kat tempat kau tak ada ni? - hahahahaha) - wallahu'alam...

Selasa, 27 Januari 2009

Tangram







Aku diperkenalkan dengan 'menatang' ni 20 tahun yang lalu oleh abang aku. Kitab tangram yang dalam gambar kat atas tu dah 20 tahun umurnya.
*******
Dua tahun lepas, aku ada buat catan yang menggunakan subjek tangram ni. Satu dari catan aku tu ada kat butik 'Doll's', ataupun kedai Shap kat Bukit Bintang. Aku tak tahulah sama ada dia letak lagi ke tak catan aku ni. Aku pun dah lama tak ke sana!
*******
Kenapa aku guna subjek tangram dalam catan?
*******
Tangram ada 7 keping 'tans', dan dari tujuh keping inilah disusun lalu menjadi objek siluwet- tanpa bertindih. Proses ini aku ekspreskan daripada surah Genesis dalam al kitab Torah ataupun Perjanjian Lama yang menceritakan alam dicipta oleh Allah Ta'ala dalam masa 7 hari dan alam serta manusia ini dicipta dengan sangat, sangat sempurna - walaupun sebenarnya ianya bukanlah sebuah ciptaan yang konkrit - tapi terbaik dan terpilih.
*******
Dari 7 keping tans ini, ia boleh menghasilkan lebih dari 1000 objek - dan inilah perlambangan kehidupan yang ada macam-macam kerenah dan drama.
*******
Set tangram yang aku sekarang ni adalah set kayu. Yang asalnya aku punya ialah set kepingan plastik berwarna hitam seluruhnya, tapi dah hilang la kan. Set kayu ni diwarnakan dan konsep ini aku masukkan ke dalam catan aku untuk melambangkan bahawa diri kita, alam kita ini, di setiap bahagiannya ada rona (aiceh - rona la pulak) - dalam satu ada banyak ATAU dalam banyak ada satu (fuh, dalam... dalam...). Hahahahaha
*******
Sekian.

Kuarters Kerajaan

'Kuarters Kerajaan'
dari kiri: Jimi, Ebot, aku dan Lan
Hahahahahahahaha
Ini ialah 'band' projek suka-suka.


Kumpulan kita orang terbentuk secara tak sengaja lebih kurang lima tahun yang lalu. Tak ingat tarikh spesifik tapi yang aku ingat, kita orang keluar pada malam raya, tak tahu nak ke mana, kita orang terus serbu studio 'jamming' Zai Am - antara studio yang dah lama bertapak di Kuale (tak silap aku, budak-budak Butterfinger pernah 'jamming' kat sini, dan jangan terkejut kalau terserempak dengan Aris Ariwatan dan Lola XPDC - mungkin Mamat Khalid kenal Che' Ri, tokeh studio).


Kemudian, setiap tahun menjelang hari raya, ketika kami berkumpul, kami jadikan 'jamming' sebagai aktiviti wajib. Ebot, si 'drummer' - cikgu sekolah Cina kat JB. Jimmy, si penyanyi - pembantu perangkaan kat Ipoh. Lan, si gitar utama - cikgu kat Kuale. Aku, si bass - dah banyak kali cuba 'exam' kerja gomen tapi tak pernah lulus! Hahahahaha. Disebabkan aku je yang bukan 'gomen servant', maka itulah nama 'Kuarters Kerajaan' dipilih.


Masa aku bekerja di KL, kami semua memang jarang berjumpa. Kami 'jamming' setahun cuma tiga kali je! Hahahahaha, dah lah sekali 'jamming' sejam je. Memang sah - hancur! Tak ada persediaan langsung - masuk, terus main.


Sekarang, sejak aku menetap kat kampung, boleh lah kerap juga 'jamming', cuma 'drummer' je yang susah nak balik sebab dia jauh sangat kat JB. Tapi, kami ada 'standby drummer' - Sham Laksa. Kali ini, kita orang dah serius sikit. Sebelum 'jamming', kita orang pilih lagu apa nak main dan praktis dulu. Mana lagu yang perlu ada gitar kedua, Lan akan telefon kawan dia.


Lagu-lagu kita orang taklah hebat mana. Lagu-lagu rock dan slow rock 80an - alah senang cerita - 'very the malay lah'!


Kita orang tak terfikir pun sampai dapat main kat kenduri kahwin walaupun masa kita orang 'jamming' kat Sungei Siput, tokeh tu ambil nombor telefon untuk panggil main kat kenduri kahwin (hahahahahaha), apalagi berhajat nak buat album (gila apa!). Tak terfikir pun... Kita orang cuma suka-suka, apa kata orang - riadhah.


Walaupun macam ni, kita orang masing-masing resah juga. Ebot akan bernikah bulan Mac ni. Jimmy dah bertunang dan akan bernikah hujung tahun ni. Lan dah ada awek, dan aku ada anak yang sedang membesar. Ketakutan utama - apakah nanti bila kita orang semua dah berkeluarga masih dapat bersosial begini?


Malam tadi, masa kita orang tunggu giliran kat kerusi panjang depan studio, sambil-sambil hisap rokok, tiba-tiba sekeluarga besar keluar dari studio - budak-budak, mak budak dan bapak budak. Hahahahaha - kita orang terus senyum sendiri dan terus saja berkata - "kita nanti macam ni lah gamaknya ya!"

Isnin, 26 Januari 2009

Kua-luer (sebut: kuale)

Menara Jam Besor Kuala Kangsar
(Gambar diambil tanpa izin dari Wikipedia)


Kalau tak kerana sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah - Sultan Perak pada 14 Februari nanti, pekan Kuala Kangsar (aku panggil 'Kuale') takkan menjadi cantik. Jalanraya bermula dari simpang lebuhraya, membawa ke Talang, kemudian di depan padang SMK Clifford (yang kini jelas pemandangannya bangunan MCKK - siap dengan tatacahaya), semuanya bertar baru, siap ada lorong untuk basikal/motosikal dan setiap bangunan dan pagar di sepanjang itu berkibaran bendera putih, kuning dan hitam - bendera Perak Darul Ridzuan.





Di dalam pekan, lampu lip-lap berwarna putih dan biru tergantung dan terhias cantik terutama di menara Jam Besor. Di sebelah Jam Besor, ada dataran tempat lepak, ada pondok telefon awam London yang berwarna merah tu. Di seberang jalannya pula, ada tugu Jet (tak tau jet Hawk ke, jet MIG-29 ke, Sukhoi ke, aku tak kaji pulak). Dari jambatan Sungai Kangsar, jalan menghala Bukit Chandan (di sini terletaknya Istana Iskandariah), sangat cantik dengan lampu-lampi. Sekolah RPK (English Girl's School atau Raja Perempuan Kalsom - sekolah awek 'cun') di atas bukit pun nampak cantik walaupun bangunan sekolah tu (asalnya kediaman Residen British) buruk sebenarnya.





Kuale - tempat aku membesar. Parlimen milik Rafidah Aziz ini banyak berubah. Pekannya kecil je. Hanya ada satu 'supermarket' - The Store, tapi ada banyak 'minimarket' (aku berharap sangat Tesco, Giant dan Carrefour tak wujud kat sini). Ada gedung pakaian 'Hari-hari' (orang selalu ejek nama aku dengan gedung ni - hahaha), ada pasar borong 'Sakan', ada klinik Shamsudin, ada 'Kedai Tinggi' (kedai ni jual macam-macam - reket badminton, gitar, hadiah, baju, stiker...), ada medan cendol dan laksa, ada rizot tepi Sungai Perak, dan yang penting - 'Seven Eleven'!





Kuale akan sesak setiap kali menjelang hari raya puasa sahaja sebab orang Melayu memang paling banyak pakai kereta dan ketika inilah dia orang nak tayang kereta kepada sanak-saudara (sesaknya sampai 'jammed' panjang woo!).





Eh, aku nak cerita pasal lain tadi - ceh!





Kuale sekarang dah berubah banyak sejak Sultan nak sambut Jubli Perak. SK Talang pun dah ada jejantas (takut eskot Sultan ni langgar budak sekolah nak seberang jalan gamaknya - ye lah, kan dia orang ni pandu macam pelesit). Dulu jalanraya dua lorong, sekarang dah empat lorong. Semak-samun lalang tepi jalan pun dah ditebas (hah, baru nampak To'kong belakang kedai 'Champion Motor') - hahahahaha. Balai Bomba pun dah besar dan rumah kuli kat sebelahnya tu pun dah ada pagar batu.





Bagus, aku suka. Aku bangga sekarang aku menetap di Kuale. Macam ni lah... Cantik, bersih, kemas dan tersusun. Barulah boleh dipanggil bandar. Jangan jadi macam bandaraya Kuala Lumpur (sempat kutuk lagi ni). Tapi, kalau lah Sultan Azlan ni kojol tahun lepas, aku rasa Kuale tak secantik ini kot. Rasa aku lah...





Sayangnya aku tak ada kamera untuk merakam gambar pekan 'Kua-luer'.

Ahad, 25 Januari 2009

SembangSumbang

Ketika aku 'shooting' filem "Karaoke", aku ditanya oleh Mona Tan si penerbit, kenapa aku tidak mencuba untuk berlakon dalam produksi drama Melayu? Maksudnya, untuk telefilem-telefilem atau episod yang disiarkan di RTM dan TV3. Katanya, di situ boleh buat duit!

Alamak... Macam mana nak jawab ni, ya?

Jujurnya, aku tak pandai berniaga. Malah matapelajaran Perdagangan dulu pun aku dapat 8. Tak ada sedikitpun dalam kepala otak aku ni nampak sesuatu peluang itu sebagai perniagaan. Kalau aku jual barang di 'We Buy You Sell' sekalipun, aku tak pandai nak tawar-menawar dan aku tak tahu pun nilai sebenar barang tersebut. Jadi, muka aku ni selalu lah kena tipu - kakakaka.

Dunia lakonan juga adalah perniagaan. Seorang pelakon mesti turun naik tangga pejabat produksi untuk jual tubuh dan bakat. Seorang pelakon samalah dengan jurujual 'direct-selling'. Muka kena tebal dan autah mesti fasih - kekekekeke.

Itulah masalahnya - aku ni pemalu ya amat. Nak bercakap pun, alamak, lebih-lebih lagi dengan orang yang aku tak kenal. Lagipun, aku bukannya pandai sangat berlakon pun. Ramai yang lagi 'terer' aku tengok kat luar sana. Aku ni setakat 'extra', boleh le - hahahahaha (betul, ini serius).

Aku melihat, dunia perfileman Melayu ini hebat. Ianya sebuah industri yang mencapai tahap ISO 9002 (aku main hentam je ISO ni). Dalam industri yang hebat ini, tentulah mereka mahukan produk atau hasil yang juga hebat. Mereka takkan ambil bahan mentah yang tidak berkualiti. Mereka tentunya mencari bahan mentah yang terbaik. Jadi, bagaimana mungkin aku boleh masuk! Hahahahahaha. Layak untuk IKS je aku ni - kekekekekekeke.

Inilah jawapan yang aku nak bagi kat Mona Tan, tapi tak terkeluar pada hari tu.

Sabtu, 24 Januari 2009

Ingatan!

pecahan mukim di Jerusalem.
Kepada saudara dan saudari se-Islam denganku…….
Tahukah anda apa yang sedang rancak dibina di Bukit Jalil?? Ketahuilah bahawa Kristian di Malaysia sedang giat membina sebuah gereja yang dinamakan ‘The Calvary Convention Centre’.
The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities. These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation's young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia. The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements. The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.
Dimana ia dibina?
The Calvary Convention Centre is located on a 4.9 acre piece of land within the identified International Zone at Bukit Jalil, in the southern part of Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . It is surrounded by parks and established institutions and is accessible by an excellent network of highways.

Aku dapat mesej di atas kat emel aku.

Aduh...

Itu hari, aku dapat mesej yang mengatakan ‘awas kegiatan mubaligh Kristian, telah menyesatkan umat Islam dengan meletakkan perkataan Jesus dalam al Kur’an. Ini boleh memesongkan akidah umat Islam’. Siap ada gambar lagi – rupanya gambar tafsir Kur’an bahasa Indonesia yang nama nabi Isa ditukar kepada Jesus (aku tak faham kenapa nama Jesus ni jadi taboo sedangkan ianya orang yang sama iaitu nabi Isa – hallo, pergi baca tafsir Kur’an dalam bahasa Inggeris lah! Aku syorkan tafsiran Abdullah Yusuf Ali dan Marmaduke William Muhammad Picktal).

Apa masalah dia orang ni sebenarnya ya? Apa yang dia orang ni dengki sangat dengan agama Kristian ni? Kenapa suka sangat cari gaduh ni? Penat la ustazah kat Forum Perdana tu bilang dengan ‘pitch’ yang tinggi mengalahkan Lan Meet Uncle Hussein – jangan jadi macam bani israel, jangan ada perasaan dengki khianat, jangan ada sifat bongkak takbur, mesti hormat-menghormati – aiyaaaa...

Dia orang ni tengok astro rangkaian ART tu aku ingat pasal itu rangkaian Arab, jadi Arab tu bahasa rasmi Kur’an, jadi mesti nonton – ini lawak kartun arwah Rejabhad – hahahahaha. Dia orang tak perasan ke yang minah Arab ni lagi seksi mengiurkan berbanding Rozie Rashid dalam ‘Oh Fatimah’? Ada sekali tu, aku tengok rangkaian ART ni ada tunjuk upacara sembahyang di gereja dan doanya dalam bahasa Arab dan ianya menyebut – Allah!

Dan aku nak bagitau, di Baitulmuqaddis, telah dibahagikan kepada 4 mukim kawasan iaitu Muslim, Kristian, Yahudi dan Armenian (klik) dan mukim-mukim itu semuanya bersebelahan dan terdapat masjid dan gereja-gereja.

Itu lah... Lain kali, kalau takut umat Melayu kau orang ni murtad, tengok dulu mana silap sendiri (ugama Islam di Malaysia ni, sedunia, mungkin). Ini tak, tiba-tiba terjah ugama lain tak tentu pasal. Nas Ahmad pun tak terjah sebarang. Kita kena respek orang, baru orang boleh respek kita.

Halamak, penat lah! Tak payah lah kau orang sembahyang hajat untuk Palestin tu. ***Sembahyang hajat untuk kau orang dulu! Penat baca fatihah sehari 17 kali dalam sembahyang kau orang! Kau orang benci Israel, kau orang pun sama pemikirannya!

Cet!

***ingatan untuk aku jugak!

Khamis, 22 Januari 2009

SembangSumbang

Aku jatuh teruk kali ini. Jatuh hingga susah aku nak bangun. Badan jadi kebas, tak tahu sama ada darah dah habis terpancut keluar ataupun rangka tulang aku habis patah seribu. Sakitnya sikit pun tak terasa. Dan bila lori melintasi mata, tayarnya memercikkan batu-batu kecil dan kejam lalu merejam seluruh tubuh aku, tak sedikit pun aku meraung! Aku dah jadi batu! Seluruhnya!

Kehidupan, sama ada di bandar atau di kampung, sama saja. Bukanlah persekitaran tapi apa yang ada dalam otak - apa yang kita fikirkan. Apa bezanya dapat hidup bebas ke sana ke mari tapi menyedut udara yang kotor, dengan menyedut udara segar bersih tapi hidup terhalang itu dan ini?

Masa terus bergerak – bagi mereka yang mengira masa, masa bergerak pantas!. Bagi aku, masa tetap sama – siang dan malam, dan bumi burpusing pada paksinya, tawaf mengelilingi matahari selama 365 hari. Selepas 365 hari, ia kembali kepada 1 dan ini berulangan sampai kiamat! Ini hakikatnya.

Kelahiran dan kematian dan penghidupan di antara itu yakni dari bayi sehingga tua keripot, bukan melambangkan peredaran masa tetapi tak lain hanyalah permainan fikiran atau ilusi mata! Segala-galanya adalah ilusi mata! Dunia ini, hidup ini adalah ilusi mata.

Sabtu, 17 Januari 2009

"I-ni shewious..."

Telefon, telefon berbunyi...
Telefon, kami datang...
Telefon, telefon berbunyi...

Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya di sana...

Linni!
Tuck!
Dan Ming-ming juga!
Wonder Pets datang membantu...

Apa yang penting?
Kerjasama!

Apa yang penting?
Kerjasama!

Kami tak besar!
Kami tak kuat!
Bila kerjasama semua jadi mudah...

Yay - Wonder Pets!

--------------------------------------

Hahaha - aku rasa, ramai yang tau lagu ni dan selalu juga nonton cerita ni. Bukan saja budak-budak yang suka malah bapak dan mak budak pun suka! Hahahaha...

Siapa yang tak pernah nonton, aku syorkan nontonnya setiap hari, jam 2.30 petang di TV9 - dekat di hati. Lagu di atas diambil dari Wonder Pets yang dialihbahasakan ke bahasa melayu. Bahasa asalnya ialah inggeris.

Tabik spring kepada Josh Selig - pereka animasi muzikal yang comel ni, dan pasukannya - produksi Little Airplane - satu lagi produk Amerika Syarikat yang sangat bagus.

Tak ada apa selain watak yang comel - terutama Ming-ming si itik, Linni si guinea pig dan Tuck si kura-kura; dan teknik 'photo-puppetry' yang mengkagumkan dalam animasi ni. Struktur ceritanya sama saja setiap episod, yang berubah cuma haiwan yang diselamatkan, kostum (sewaktu Wonder Pets terjun ke dalam kotak untuk memakai mantel - petanda budaya tempat yang akan mereka pergi) dan latar geografi tempat haiwan yang diselamatkan. Selain itu, cara mereka menyelesaikan masalah yang ditunjukkan terlebih dahulu sewaktu mereka 'set-up' bot terbang.

Aku rasa, Josh Selig bukan tak ada idea, tapi dia memberitahu kita bahawa kehidupan ini sama saja - tak ada yang berubah. Cuma kita hadapi masalah dan bagaimana cara kita mengatasi - dan tengok,bagaimana manusia Amerika Syarikat ni mendidik budak-budak di tadika? Aku kagum betul. Kita di sini, tak habis-habis dengan permainan merebut kerusi dan bubur kacang.

Aku teringat salah satu episodnya - "Wonder Pets menyelamatkan Reindeer", di mana rusa Santa Claus berasa sangat rendah diri dan tak boleh melakukan tugas iaitu menarik kereta Santa. Kemudian Tuck berkata bahawa dia dahulunya tidak yakin bahawa dia dilantik menjadi Wonder Pets. Tapi, akhirnya dia yakin kerana memikirkan Wonder Pets adalah suatu kerja yang mulia. Nah, kat sini kita dapati ia adalah fardhu ain - membina keyakinan diri. Kenapa? Wonder Pets ialah yang terpilih - 'the chosen three'. Siapa yang memilih? Josh Selig yang pilih dan jika dibaca melalui konsep lain bahawa tuhan lah yang memilih.

Kemudian kita tengok - tak ada pengajaran lain selain "apa yang penting - kerjasama, bila kerjasama semua jadi mudah". Hah, kat sini pulak fardhu kifayah! Oleh kerana kita berkongsi oksigen dengan makhluk lain juga, maka kita seharusnya bekerjasama dan bermasyarakat tanpa prejudis! Ini shewious... - hahahahaha. Ya, ini serius sebab ianya sebuah pengulangan di setiap episodnya - samalah konsepnya dengan azan yang diulang-ulang dan akhirnya masuk ke otak lalu melekat kat memori!

Mungkin Josh Selig sengaja meletakkan 'the chosen three' Wonder Pets untuk melambangkan tiga agama monotheism - Judah, Kristian dan Islam - wallauhua'lam...

Aku nak tulis pasal cerita ni dah lama, sejak aku sedar bahawa bukan aku seorang yang nontonnya, malah kawan-kawan aku - semuanya, dan bila aku nyanyi lagu tu, mereka ketawa dan berkata "kau pun tengok!?" Tapi aku dok layan lagi walaupun TV9 dah dok pusing episod yang sama berulangkali.

Akhirnya, aku jadi malu, kerana Josh Selig sedikitpun tidak tunjukkan watak manusia tetapi hanya suara budak-budak tadika yang dah nak balik. Sebaliknya Josh Selig tunjukkan Wonder Pets yang bersifat kemanusiaan.

Hmmm...

Khamis, 15 Januari 2009

Sharifah Sahaja

Kak Puri,

Nama saya - Sharifah. Sharifah sahaja. Sharifah Binti Majid. Ramai yang bertanya kenapa nama bapa saya bukan 'Syed'?

Saya dilahirkan pada subuh Jumaat, dan menurut kepercayaan masyarakat saya, sesiapa yang lahir pada hari Jumaat, mesti letak nama Syed atau Sharifah.

Ianya kelakar kan? Tapi itulah realiti yang saya hadapi.

Sehingga ke hari ini saya masih bertanya, kenapa kelahiran pada hari Jumaat dianggap sebagai suatu yang suci lalu diletakkan nama dari keturunan Saiyidina Ali - Syed dan Sharifah. Kenapa mesti pergi jauh ke kota Karbala sedangkan saya lahir di Manong.

Masyarakat saya dan Saiyidina Ali tak dapat dipisahkan. Lihatlah pokok-pokok herba yang diberi nama tongkat ali dan kacip fatimah (isteri Saiyidina Ali dan anak Muhammad). Saya keliru sama ada masyarakat saya ini pengikut syiah atau sunni?

Namun, saya cuma manusia biasa, yang mengikut untuk menjaga nama baik bangsa dan agama.

Seperti kebiasaan gadis lain, saya juga punya impian. Impian saya ialah berkahwin dengan lelaki yang bernama Syed. Saya tak peduli, saya mesti gapai impian saya kerana hanya cara ini sahaja saya dapat meneruskan kesinambungan nama saya.

Tetapi, lelaki yang saya cintai itu bukanlah dari keturunan Syed. Namanya Mahmud. Cinta tak mengizinkan impian saya. Walaupun sedikit kecewa kerana impian saya tidak tercapai, tapi saya bahagia kerana Mahmud seorang yang baik.

Mahmud tahu impian saya adalah untuk berkahwin dengan keturunan Syed malah Mahmud sudah membuat pelbagai cara untuk saya gapai impian saya. Dia sanggup kenalkan saya dengan kawannya yang bernama Syed tetapi saya menolak. Mahmud juga menyuruh saya memanggil dirinya Syed sebagai ganti nama 'abang'. Juga saya tak sanggup kerana itu bukan dia. Dia adalah Mahmud Bin Berahim, anak tokeh balak!

Biarlah saya tidak mencapai impian saya, tapi saya bahagia. Akhirnya kami pun diijabkabulkan.

Setelah lima tahun berumahtangga, Mahmud ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana menanam ganja di dusun ayahnya. Bapa mertua saya pula meninggal dunia lalu syarikat balaknya juga muflis. Kini, saya punyai tiga orang anak. Keluarga saya pula menyalahkan saya kerana salah pilih bakal suami, sedangkan masa pernikahan kami, bapa sayalah yang beriya benar hendak menikahkan Mahmud.

Untuk menyara hidup, saya menjual kundas. Dan dalam pada itu, saya juga berkenalan dengan seorang jejaka yang sangat menjaga kebajikan saya dan nama jejaka itu ialah Syed Hamid. Dia seorang duda tapi tidak punya anak.

Kak Puri,

Hati saya kini sudah berbelah bahagi. Saya masih lagi isteri kepada Mahmud dan masih sayangkan dia. Tapi dalam pada masa yang sama, saya mula mencintai Syed Hamid yang merupakan impian saya.

Yang kebingungan,

Sharifah.

Khamis, 1 Januari 2009

Jangan jadi 'tolo'

Kita jangan cepat melatah bahawa serangan di Gaza itu adalah angkara Yahudi seluruhnya. Ianya angkara Zionis - sebuah gerakan perkauman anti-arab yang didukung oleh sesetengah Yahudi sahaja, tidak seluruhnya.

Begitu juga serangan 'kepala babi' di Melaka, bukanlah angkara Cina seluruhnya. Ianya angkara segelintir sahaja.

Dan juga Melayu, bukanlah Melayu itu semuanya Islam. Eh, bukanlah Islam itu semuanya Melayu. Eh, silap, Melayu itu tak pandai guna bahasa Melayu, tapi nama mereka guna bahasa Arab, eh, apa ni, Allah untuk orang Islam sahaja (tapi dalam Quran tulis nabi Musa Yahudi tu membawa agama Allah dengan kitabnya Taurat untuk Bani Israel), alah... Arab itu Islam - Abdullah itu Islam, Supardjo bukan Islam. Tapi... Tariq Aziz tu Kristian!

Konfius... konfius...

HAHAHAHAHAHAHAHA

*** 'tolo', ialah bahasa sesedap lidah yang digunakan oleh warga kampung Lubok Merbau dan seangkatan dengannya, yang bermaksud 'bodoh', 'bangang', 'bahalul', dsb.