Selasa, 31 Mac 2009

Kritik kretek kritikal!

Pada bulan penghabisan tahun lepas, aku berborak dengan Adman Salleh di Bau-Bau Cafe (yang dah arwah - so sad) mengenai 'melukis'. Adman memberitahu bahawa dia sudah banyak tahun tidak memegang catan. Padahal, orang tua ni belajar seni halus sebelum dia blah ke London belajar filim.

Dalam dok kami bersembang, muncul lah susuk tubuh yang masa aku di tingkatan, aku tengok dia dalam TV - Yusof Gajah. Dia pun duduk lepak bersama kami. Adman bertemu dengan manusia yang tepat ketika itu untuk meluahkan rasa rindunya untuk kembali melukis. Aku, cuma budak-budak di situ, dok dengar je lah apa yang dua orang tua ni bersembang sambil menikmati teh o serai dan nasi lemak ayam.

Tiba-tiba Yusof bercerita senario seni di Indonesia (negara yang lebih mengkagumi gajahnya) amat jauh berbeza dari senario seni di sini. Hoh, dalam hati aku, perkara ni memang dah nyata lama dah... Dan aku simpulkan seni kita di sini masih boleh lagi bersarapan di La Cucur, makan tengahari di Ibramsha, minum petang di Cheng Ho dan makan malam di Mali's. Di Indonesia, mungkin seharian tu cuma dapat makan bakso je.

Tapi Yusof memberi pendapat yang sedikit ilmiah. Menurutnya, seni kita kekurangan 'pengkritik'. Kita tidak ada pengkritik. Kita cuma ada 'art historian' dan 'pengulas seni'. Menurut Yusof, peranan pengkritik lah yang membina tahap baru dalam sesuatu bidang. Di Indonesia, seseorang artis (pelukis ya, bukan artis majalah URTV), dengan membeli prakata seorang pengkritik terhebat untuk karya mereka yang terbaharu, ini menjadi satu strategi pemasaran penjualan karya mereka. Ye lah, kitaran kat sana hidup subur. Masing-masing 'menyapot' masing-masing.

Aku menulis ni sebab aku baru saja menonton dokumentari 'Einstein' - bagaimana teori relativiti Einstein ni pada mulanya dianggap 'wow', kemudian apabila kajian praktikal dibuat, Einstein disifatkan sebagai salah dan dia dikritik hebat. Tetapi, kajian itu dibuat sekali lagi dan disertai oleh ramai saintis, akhirnya teori ini diangkat sebagai satu revolusi 'triple' wow!

Di dalam doku ni, ada terselit ucapan Einstein yang mengatakan bahawa "dengan kebebasan lah maka dunia melahirkan tokoh-tokoh seperti Shakespear, Isaac Newton..." (sebenarnya ramai lagi dia sebut, tapi aku tak ingat).

Mungkinkah pengkritik kita di sini dah ditegur Sang Kelembai atau seniman kita semuanya berhati dan berjiwa kuih bahulu - sekali celup dalam kopi, terus lembik - maka di sini pengkritik lebih baik buang masa mereka dengan membaca surat khabar Utusan Melayu, belajar jawi semula, sambil hisap kretek! (di rumah Pena)



Hahahahahahahahaha

Isnin, 30 Mac 2009

Masyarakat baharu


Gambar hiasan


Sepanjang 30 tahun hayat aku, aku menyaksikan perubahan demi perubahan dalam masyarakat Malaysia yang menurut pandangan aku semakin menemui 'kehancuran'. Aku tak pasti, apa yang difikirkan oleh generasi orang tua aku dalam melihat masyarakatnya.

Aku menerima pendidikan di sekolah melalui sistem KBSR dan KBSM. Aku tak pula berkesempatan mengkhatamkan pembelajaran sempoa, tapi aku mahir menggunakan dekak-dekak. Dan aku masuk ke kolej masih lagi menjinjing mesintaip!

Dalam jangkamasa 30 tahun ini, aku melihat perubahan dalam masyarakat ketara begitu segera dan laju. Aku yang masih muda ni, masih mampu cuba mengejarnya dan pasti, aku tak mahu ketinggalan. Hari ini, dunia dipenuhi gajet ni, aku masih lagi 50-50 untuk menerimanya sebagai sebuah bentuk tamadun.

Masyarakat Malaysia sudah mula pincang dan aku berani mengatakannya berdasarkan bukti siri kartun Dato' Lat. Bagaimana Lat merakamkan kehidupan zaman kanak-kanaknya serta dibandingkannya dengan kehidupan beliau hari ini. Dan realiti hari ini lebih menakutkan dengan permainan politik oleh tikus-tikus yang gilakan kuasa - sila perhati betul-betul.

Aku, sebenarnya, dah tidur tadi. Saat aku pejamkan mata, terngiang-ngiang lagu "kici-kici, lembu jaga... Sudah besar, jadi jaga..." kat telinga aku berulangkali. Terus aku terfikir, mana ada lagi Benggali jadi jaga sekarang ni! Sekarang ni, Myanmar dan Gurkha yang jadi jaga. Mungkin ini petanda DEB sudah berjaya!

Dalam tahun 80an dan 90an, pasar-pasar ikan masih lagi ramai pengunjung setia. Begitu juga kedai runcit dan 'mini-market' dan di sinilah tempat sosial suri-rumah. Sejak pasaraya besar Giant, Carrefour dan Tesco menyerang masuk ke serata daerah di Malaysia, pasar-pasar ikan, 'mini-market' dan kedai runcit seolah sudah tidak lagi berfungsi sepenuhnya melainkan tarafnya sama dengan 'Seven Eleven' - kedai kecemasan!

Aku paling bengang, bila aku minum Nescafe tarik di warung dan ianya tak sedap, dan aku dapati warung tu guna susu cap 'Tesco' - ptuih!

Tidakkah kita lihat bahawa janji pembangunan yang dilaungkan oleh wakil rakyat ini, sebenarnya bukanlah pembangunan, tetapi kehancuran. Matlamat kerajaan untuk mengejar negara maju ini sebenarnya telah memusnahkan sebuah masyarakat. Menjadi negara industri dan pengkorporatan bumiputera ini sebenarnya telah membunuh keharmonian masyarakat.

Macam yang aku tulis di atas - jika kita berurusan di kedai runcit, ataupun membeli-belah di bazar, kita masih lagi berinteraksi (ini tujuan tawar-menawar yang dijadikan sunnah nabi kesayangan kau orang tu!). Aku cukup suka bila dialog tawar-menawar ini keluar - "Alo, taukey... Kita kenai suda lama, kasi murah lagi sikit la..."

Tapi, bila kita membeli-belah di pasaraya raksaksa ini, kita berkomunikasi dengan troli, mesin 'auto-teller', rak-rak, dan juruwang yang tak jemu-jemu bertanyakan kad Bonus Link! Bila kita kurang berinteraksi dalam perdagangan - lihat, apa yang terjadi.

Melayu hari ini memandang Cina seperti betul-betul nak bunuh (lebih-lebih lagi Melayu UMNO la). Seluruh keturunan Benggali hari ini dipandang sebagai Karpal Singh. Seluruh keturunan India pula dianggap ahli Hindraf (teringat lagu ni - "Chinese has bank-draft, Malay has over-draft, Indian has Hindraf!").

Pelbagai sangka buruk yang Melayu ni lemparkan kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia ni dan dalam kes ni, aku nak tanya, siapa yang mencipta semua kepincangan ni?

Bukankah kerajaan yang galakkan umat Melayu ni hidup mewah ke jadi puncanya? Bila umat Melayu ni nak mewah, tapi tak mampu, sedangkan muka bergerutu tapi tetap berkeras nak guna SK-II - maka terpaksalah pinjam dari bank dan ceti. Bagi kakitangan awam, inilah puncanya mereka terima rasuah.

Bagi Cina yang sedia kaya ni, pastinya mereka membantu dengan memberi pinjaman kepada Melayu yang bodoh ni. Bila Melayu bodoh ni tak mampu nak bayar balik, mestilah Cina kaya tu tuntut. Kesian India, tetap tak dapat apa - memang dasar apartheid ni wujud kat mana-mana. Kat Teluk Anson pun ada dasar ni. Usah kome nak bede-ah le...

Dan yang aku pelik sekali dalam kes ni, orang Melayu ni masih lagi tak mengaku yang dia orang ni pun berfahaman zionisme sedangkan mereka inilah tak habis-habis cakap mengenai KETUANAN MELAYU.

Sekarang, umur aku baru 30 tahun, tapi aku dah letih tengok masyarakat aku. Hape daaaa!

Sang Kelembai


Gunung Sanding di Sungai Siput ni menurut cerita orang-orang kampung, asalnya ada pasangan yang sedang bersanding. Tiba-tiba Sang Kelembai tegur, dah pasangan ni jadi batu.

Apa la Sang Kelembai ni. Kesian pengantin ni tak sempat nak berjimak malam pertama. Lain kali, tegur lah waktu dia orang ni tengah sapu sampah ke, tengah dengar kempen ke, tengah lepak kat kerusi ogawa ke...

Hari ini, jangan kita anggap Sang Kelembai sudah kembali ke rahmatullah. Walaupun kita tak tahu jasadnya bagaimana, tapi ideanya masih ada - kita telah disumpah-batukan oleh *birokrasi-birokrasi.



Hehehehehehe

p/s: Birokrasi Islam ala Malaysia kut...

Sabtu, 28 Mac 2009

SembangSumbang

Kelmarin, malam Jumaat lalu, aku ke masjid untuk baca Yaa siin berjemaah, sambil berdoa kehidupan aku sekeluarga diberkati Allah Ta'ala adanya dan sedikit kenduri kesyukuran sempena usia anak aku yang dah 3 tahun. Ini pertama kali aku datang ke masjid kampung aku pada malam Jumaat, setelah hampir sepuluh tahun aku tak jejak!

Aku terpaku sekejap bila perhatikan makmum yang hadir, dan aku rasa aku dah masuk 'time-machine'. Aku terus teringat waktu aku usia 7, 8 tahun (masa ni aku 'mat mesjid'), dengan baju 'bush-jacket' aku serta kain pelikat yang berbondol tebal kat perut (sebab kain besar), bermain dengan Slee, melastik cicak, dan aku ditegur Cikgu Zubir yang berbau tembakau cap nenas, "Kamu nak jadi Yang Berhormat ke besor nanti, pakai 'bush-jacket' ni?"

Serentak dengan itu, Cikgu Zubir juga menegur aku, "Ada orang muda..." aku tersedar dari lamunan, dan aku hanya mampu tersengih.

Dah 20 tahun lebih. Aku menyaksikan makmum yang sama rupanya di masjid ni. Bapak aku, Cikgu Zubir, Cik Amat, Imam Nayan, Pak Sudin, Pak Mat Za, Pak Cik Tahir... Aku cuba mengingati yang lain, yang dah meninggal - Atok aku, Pak Mat Sakam, Pak Mail Jelapang, Pak Wi, Pak Berahim Kedai, Cik Kamat...

Dan malam tu, alunan suara Pak Mat Za sebagai imam masih sama merdunya ketika dia mengajar aku mengaji Qur'an di masjid ni. Ketika berwirid, tak dengar lagi suara Cik Amat yang lantang dan bertenaga ketika berzikir 'La illahailallah'. Suaranya perlahan dan letih.

Keluar dari masjid, aku masih terngiang-ngiang suara Pak Mat Za dengan surah al-A'la <klik>, dan terus aku terfikir, masjid ni akan kosong ke?

Khamis, 26 Mac 2009

Perhimpunan Agong UMNO 2009


Kali ini apabila menonton Perhimpunan Agong UMNO, aku betul-betul tertarik dengan set pentasnya. WOW! WOW! WOW! Berapa puluh ribu lah (ratus ribu, kut) gamaknya dihabiskan ke set tu dan siapakah perekanya dan kontraktornya? Setnya simpel, gah, cantik tersergam, elegan, saksama, bersatu-padu, berani, suci, murni, millenium, kukuh, penuh strategi, Melayu, moden, mahal, bercitarasa baru serta segar! Segalanya terzahir pada setnya mengenai UMNO.

Cayalah.

(Tapi itu gambaran di depan. Belakang set cuba tengok. Tak berselirat kok-chai!)

Rabu, 25 Mac 2009

Polystrene oh, styrofoam...

Aku bekerja dengan polystrene atau styrofoam secara seriusnya sudah 4 tahun. Di Trend Matrix, syarikat pengendali kelab malam-kelab malam di Jalan Parry (Jalan P. Ramlee), syarikat milik Ronny Chong ini, aku sebagai Set Artist, boleh dikatakan tak ada barang lain yang mesti dihadap selain styro ni. Walaupun pada milenium ni orang dah tak pakai 'backdrop' yang tempek huruf styro (sekarang ni senang kalau 'print' je), tapi bini si Ronny Chong ni iaitu Judy Chong, masih lagi menghargai styro dan kalau diikutkan hatinya, tanglung pun disuruhnya bikin dari styro! Sehingga ke hari ini, aku masih lagi mengukir styrofoam yang sudah menjadi darah daging. Kalau tak buat, rasa lain macam.

Mengukir blok styro menjadi apa saja objek seperti binatang, kereta F1, statue of liberty, arch de triumphe, santa claus, tok pek kong, dan segala benda lain, memang kepakaran kami (aku menggelar pekerjaan ini sebagai pekerjaan bapak Nabi Ibrahim - pembuat berhala), pasukan Set Artist di situ, cuma 4 orang - aku, Baha, Jiji, dan Wan. Tapi kami ada 'part-timer' yang silih berganti iaitu Doha, Salleh, Panjang dan Ajoi. Zaimy, pakar dari Mid Valley, akan dipanggil untuk projek tertentu. Ketua kami - Baha, memang aku tabik lah dia ni. Walaupun kena 'lancau', malah kena tumbuk dengan Ronny Chong, dia tetap 'cool' (Mat Bangla di situ siap kena 'flying kick'). Mungkin dalam kepala dia fikir ada lima perut lagi yang perlu diisi - TABIK LAH BAHA. Baha jugalah pakar ukir styro di situ dan ukirannya siap dengan begitu cepat. Pap pap, siap! Dan aku banyak belajar dengan dia. Seorang bos dan kawan baik yang kalau aku kahwin tak jemput dia, berdosa besar lah aku.

Itu cerita lama. Sekarang, semua dah bawak haluan masing-masing sebab Ronny nak kurangkan kos, jabatan Set Artist ditutup! Berbalik kepada polystrene dan styrofoam. Aku bercadang nak buat doa selamat untuk harijadi anak aku. Paling simpel, aku bercadang hantar makanan ke masjid pada malam Jumaat, ambil berkat baca Yaa sin berjemaah. Aku berbincanglah dengan mak aku nak hantar apa? Mak aku cakap, nasi lemak paling simpel. Aku tanya, nasi lemak siapa yang paling sedap? Mak aku cakap, nasi lemak Ali, seringgit satu. Nasi lemak Kak La, tujuh kupang satu. Dua-dua sedap. Aku tanya, apa beza? Kak La, nasi lemaknya dibungkus dengan kertas surat khabar yang dilapik plastik. Ali, nasi lemaknya dibungkus dengan polystrene. Polystrene?

Masyarakat kita, memandang polystrene sebagai kemajuan yang memudahkan. Dalam industri pemakanan, bungkusan menggunakan polystrene dilihat sebagai canggih dan hadhari. Apa kelas daun pisang, beb? Syeikh Muzzaphar dah ke bulan, takkan kita nak pakai daun pisang? Cawan dan pinggan polystrene juga laku dijual untuk tujuan kenduri kedemat dan parti-parti. Senang, lepas guna, terus buang. Kalau awal 80an, dunia plastik menjadi fenomena sehingga Osman Tikus dalam filim 'Kembara Seniman Jalanan' mempertikaikan kewujudan zaman plastik. Hari ini, Osman Tikus mungkin akan melontarkan dialog baru - "polystrene... polystrene.."

Polysterne ini dibuat dari petroleum. Di Eropah dan Amerika Syarikat serta negara-negara maju, penggunaan polystrene ini diharamkan kerana ianya tidak lut dimakan tanah. Tujuan utama polystrene ini dicipta selain untuk membungkus TV dalam kotak, ianya digunakan dalam kejuruteraan sivil. Sebelum jalanraya ditambak dengan batu kerikil dan tar, polystrene diletakkan dengan tujuan dapat mengurangkan gegaran bumi supaya jalanraya tidak merekah. Bukan polystrene nipis tu yang diletaknya. Blok polystrene - 8' x 4' dengan ketebalan 2'. Sila perhatikan lebuhraya yang sedang dalam pembinaan. Polystrene juga, apabila dibakar, akan mengeluarkan asap hitam yang tebal (ye lah, petrol) dan ini akan mengakibatkan bomba datang berlumba-lumba serta disaman oleh Jabatan Alam Sekitar.

Apabila sumber dari petroleum ini diletakkan sebagai pembungkus makanan, ianya seperti menghina sistem manusia yang memerlukan zat. Manusia tidaklah sama dengan kereta. Manusia memerlukan zat-zat seperti yang terdapat pada poster piramid pemakanan seimbang di klinik desa. Daun pisang, walaupun ulat bulu suka bersarang kat situ, tapi, daun pisang masih ada aroma semulajadi yang membantu makanan menjadi wangi serta membuka selera, bukan proses makmal. Selain itu, keburukan polystrene selain menghapuskan suasana muhibbah musim kenduri, ia juga melahirkan generasi yang takut nak pijak rumput dan pegang pokok!

Aaahh, lantak kau orang lah! Aku tulis ni mungkin sebab aku dah muak kut dengan polystrene!



Hehehehehehehehe

Selasa, 24 Mac 2009

Dialog Suami Isteri Teraju Negara

"Batang I (Ai) mesti masuk jugak kat celah bukit you, Ling..."

"Yelah, I tau bukit I ni Bukit Gantang sebelah, Bukit Selambau sebelah... Habis tu, apa guna I punya pepet ni?"

"I dah tak nampak pepet you sebab paha you besar sangat!"

"You cakap baik-baik sikit. Kang I C4 you baru you tau!"

"Okeh.. Okeh..."

Changkat Jering


Pilihanraya Kecil Bukit Gantang pada 7 April (juga di Bukit Selambau dan Batang Ai) ini akan memberi jawapan sama ada Barisan Nasional masih relevan atau tak di mata dan hati rakyat jelata. Sebelum ini di Kuala Terengganu telah menyaksikan bahawa Barisan Nasional sudah arwah dan sok sek sok sek di dalam UMNO menyalahkan calonnya yang merupakan orang Pak Lah dan kepimpinan Najib yang bakal menerajui UMNO juga dipersoalkan.

Kali ini, Pakatan Rakyat meletakkan Nizar sebagai calon di Bukit Gantang. Wow. Aku tak pasti sama ada teori Pakatan Rakyat meletak Nizar ini samalah teorinya yang digunakan Yusof Haslam dan David Teoh - teori popular. Nizar ketika ini sedang popular dengan lagunya 'Aku Masih MB' ciptaan komposer dan lirik oleh Anwar Ibrahim. Malah, di dalam carta Pujaan 10 Tongkat Ali, turut tersenarai sama lagu dendangan Nizar iaitu 'Sembah Derhaka' dan 'Pokok Demokrasi'. Kepopularan Nizar ini hampir disunting oleh beberapa orang penerbit filim untuk dijadikan 'anak ikan'.

Hahahahahaha

Tapi Nizar bukanlah semata hero di dalam filim ini. Dengan mengundang penampilan khas 'rokers' yang tak asing lagi iaitu kumpulan 'Anti PPSMI' telah menguatkan filim ini tercalon di Festival Pornography Los Angeles. Eh, apa cerita filim dari UMNO? Dengarnya masih sibuk dengan filim '30 percent' lakonan hebat Azalina. Kalau dulu, Mahathir berjaya dengan epiknya '10 percent', kali ini Azalina cuba untuk mengatasi epik yang tersohor tu! Wey, mana boleh wey... Mana boleh kau lebih-lebih dari orang tua tu. Kurang ajar namanya. Kau tu dah la 'jantan tak berpelior'. Orang Melayu ni penuh dengan sopan dan santun. Kita ada raja laa... Raja apa? Raja Lawak?

Kakakakakakakaka



Aku ke Taiping Sabtu itu hari, 21 Mac. Ada kenduri saudara. Dari Kuale ke Taiping melalui jalanraya persekutuan memang seronok. Pertama, tak ada tol, kedua, boleh singgah makan mee rebus (mak ex-girlfriend aku punya, serius sedap) kat simpang Cangkat Iboi, Bukit Gantang. Selain tu, ada tapak sejarah Kota Long Jaafar dan semestinya durian! Tapi hari tu, aku pergi dengan keluarga, tak sempat nak singgah untuk bergambar dengan bendera-bendera PAS, PKR dan BN yang terpacak megah di sepanjang jalan dan sekali tengok, aku terus teringat filim 'Ran'.

Cuma masa balik tu, kami sekeluarga singgah di pasar malam Changkat Jering yang terkenal. Kalau dari Kuale, akan tempuh Bukit Gantang dulu, kemudian Changkat Jering, ada simpang empat ke Ayer Kuning, Pantai Remis dan Simpang. Kat sebelah pasar malam ni lah rumah Jins Shamsudin yang berbumbung Minangkabau (tapi hari tu tak nampak pulak rumah ni). Aku sempat juga beli sate, mee rebus, kek span, lompang dan mempelam. Di seberang jalan ada majlis yang dihadiri oleh Noh Omar. Ramailah abang-abang UMNO yang pakai baju kuning tulis 'daulat tuanku' dan abang-abang pulis di situ. Biasanya, harga sate di kawasan aku cuma tiga kupang secucuk. Tapi disebabkan aku ni siap ambil gambar kat situ, dah kena aku secucuk empat kupang. Masa beli mempelam tu pun sama. Biasa sekilo enam ringgit. Dah terkena tujuh ringgit sekilo.

Naya, naya... Nasib baik sedap.

Khamis, 19 Mac 2009

Jatuh ke lubang arnab!


Ditulis oleh Charles Lutwidge Dodgson atau nama samarannya Lewis Carrol pada tahun 1865.

Kisah pengembaraan budak bernama Alice ni berjaya mempengaruhi budak-budak di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dengan bantuan Walt Disney. Nak harap budak-budak baca buku ni, hmmm, aku tak pasti budak yang dok kat Kampung Paya Lintah berminat untuk membacanya walaupun di khutubkhanah sekolah tersedia bukunya. Aku mengaku, aku menonton 'Alice In Wonderland', tapi aku tak membaca 'Alice's Adventures In Wonderland' semasa budak-budak aku.

Fantasi aku semasa budak, tidaklah seperti yang difantasikan oleh Alice. Fantasi aku lebih kepada jelmaan hantu di 'Batu ABC' (sebiji batu jeram yang besar, tiba-tiba ada di tepi jalan, dan dikatakan berhantu - "ada hantu bertenggek atas batu") Fantasi hantu ni memang femes di kalangan budak-budak kampung masa zaman aku. Pokok beringin, kubur lama, lubuk di sungai, rumah tinggal, hutan, malah masjid juga dikatakan berhantu! Habis kuat pun, fantasi sebagai askar dan polis ketika main 'combat'. Menjadi wira yang selamat dari sebarang peluru biji kopi atau terung belanda, dan berjaya menembak semua musuhnya.

Budak-budak perempuan pula berfantasi menjadi puteri raja dan isteri yang solehah, serta mendapat suami yang kacak tak ingat. Fantasi memasak untuk suami ketika bermain pondok-pondok dilihat sebagai sebuah kejayaan. Dan budak perempuan bila memakai 'gaun maxi' (betul ke ejaan ni? dan ini berdasarkan pemerhatian aku waktu budak-budak) dilihat sebagai cantik seperti seorang puteri dan berhak berjalan sombong. Apalagi bila mereka diletak gincu, bedak dan 'eye-shadow', bagi budak perempuan yang kakak mereka suka melaram. Hehehehe...

Apabila seorang budak, berfantasi dengan mengatakan bahawa kucing-kucing di rumahnya adalah sebuah keluarga di-raja, dan mengaitkan kematian kucingnya (sama ada dilanggar, ataupun mati termakan rumput yang baru disembur racun 'round-up') sebagai konspirasi dan kehidupan keluarga di-raja ini sangat tragedi! Perebutan kuasa, siapa yang bakal menaiki takhta, dibuang negeri dan peperangan dengan raja wilayah lain, semua kisah ini difantasikan dari kucing-kucing di rumahnya. Malah, budak ini juga pernah meletupkan reban ayam tinggal yang difantasikannya sebagai istana dengan membakar tong 'ridsect'. Kolah di bilik mandi difantasikannya sebagai lautan yang tak bertepian. Semak-samun di belakang reban difantasikannya sebagai rimba belantara yang bersedia menelan mangsa. Tangki kelubung tahi pula difantasikannya sebagai pusat tenaga nuklear. Almari-almari di rumahnya difantasikannya sebagai bangunan-bangunan di dalam bandar. Corak-corak di karpet menjadi lanskap sebuah dataran. Kabinet hi-fi dan peti TV menjadi Angkasapuri. Bilik dan katil menjadi studio filem seperti Universal Studio.

Tiba-tiba fantasi budak ni terbantut apabila ditegur oleh abang-abangnya - berangan, 'lawyer-buruk', main je kerjanya, bla, bla, bla, bla...

Bila budak ni dah besar, dah bekerja, dan pandai menghisap ganja, dia cuba untuk berfantasi seperti itu kembali. Tapi, dia berjaya berfantasikan Cytherea dengan pancutan inzalnya -<klik>



Hehehehehehehehe...

"Down the Rabbit-Hole," the Chapter 1 title, has become a popular term for going on an adventure into the unknown. In computer gaming, a "rabbit hole" may refer to the initiating element that drives the player to enter the game. In drug culture, "going down the rabbit hole" is a metaphor for taking hallucinogenic drugs.

Ahad, 15 Mac 2009

Surat Buat Wakil Rakyat - Iwan Falls


ini rupanya tempat suara kita


untukmu yang duduk sambil diskusi
untukmu yang biasa bersafari
di sana, di gedung *DPR

wakil rakyat kumpulan orang hebat
bukan kumpulan teman-teman dekat
apalagi, sanak famili

di hati dan lidahmu kami berharap
suara kami tolong dengar lalu sampaikan
jangan ragu jangan takut karang menghadang
bicaralah yang lantang jangan hanya diam

kantor safarimu kami titipkan
masa depan kami dan negeri ini
dari Sabang sampai Merauke

saudara dipilih bukan diloteri
meski kami tak kenal siapa saudara
kami tak sudi memilih para juara
juara diam, juara he-eh, juara ha ha ha

korus:
wakil rakyat seharusnya merakyat
jangan tidur waktu sidang soal rakyat
wakil rakyat bukan paduan suara
hanya tahu nyanyian lagu setuju



*DPR - Dewan Persidangan Rakyat

Puff, si Naga Ajaib


Puff, the magic dragon lived by the sea
And frolicked in the autumn mist in a land called honah lee,
Little jackie paper loved that rascal puff,
And brought him strings and sealing wax and other fancy stuff. oh

Puff, the magic dragon lived by the sea
And frolicked in the autumn mist in a land called honah lee,
Puff, the magic dragon lived by the sea
And frolicked in the autumn mist in a land called honah lee.

Together they would travel on a boat with billowed sail
Jackie kept a lookout perched on puffs gigantic tail,
Noble kings and princes would bow wheneer they came,
Pirate ships would lower their flag when puff roared out his name. oh!

Puff, the magic dragon lived by the sea
And frolicked in the autumn mist in a land called honah lee,
Puff, the magic dragon lived by the sea
And frolicked in the autumn mist in a land called honah lee.

A dragon lives forever but not so little boys
Painted wings and giant rings make way for other toys.
One grey night it happened, jackie paper came no more
And puff that mighty dragon, he ceased his fearless roar.

His head was bent in sorrow, green scales fell like rain,
Puff no longer went to play along the cherry lane.
Without his life-long friend, puff could not be brave,
So puff that mighty dragon sadly slipped into his cave. oh!

Puff, the magic dragon lived by the sea
And frolicked in the autumn mist in a land called honah lee,
Puff, the magic dragon lived by the sea
And frolicked in the autumn mist in a land called honah lee.

Sabtu, 14 Mac 2009

Kapal Selam Kuning


In the town where I was born,
Lived a man who sailed to sea,
And he told us of his life,
In the land of submarines,

So we sailed on to the sun,
Till we found the sea of green,
And we lived beneath the waves,
In our yellow submarine,

We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine,
We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine.

And our friends are all aboard,
Many more of them live next door,
And the band begins to play.

(Trumpets play)

We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine,
We all live a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine.

(Full speed ahead, Mr. Parker, full speed ahead!
Full speed over here, sir!
Action stations! Action stations!
Aye, aye, sir, fire!
Captain! Captain!)

As we live a life of ease
Every one of us has all we need,(has all we need)
Sky of blue, and sea of green,(sky of blue and sea of green)
in our yellow(in our yellow) submarine.(submarine) ( Hahaha! )

We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine,
We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine.

(fading)

We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine,
We all live in a yellow submarine,
yellow submarine, yellow submarine.

Khamis, 12 Mac 2009

Benjamin Button


F. Scott Fitzgerald

'The Curious Case of Benjamin Button' adalah sebuah filem yang diolah oleh Eric Roth dan David Fincher dari watak Benjamin Button dalam cerpen F. Scott Fitzgerald, dengan tajuk yang sama.

Dilahir sebagai manusia tua, dan membesar menjadi semakin muda, dan akhirnya mati sebagai bayi. Terbalik. Disesuaikan dengan sejarah jam besar di stesen keretapi New Orleans di mana jarum saatnya bergerak terbalik, yang disengajakan oleh pembuatnya kerana mengharapkan anaknya yang terkorban dalam Perang Dunia I akan kembali.

Hidup Benjamin Button juga terbalik. Dari seorang tua gayut, akhirnya di pertengahan umur, dia menjadi kacak tampan tak ingat (Brad Pitt la katakan...). Dan mati sebagai bayi bagi aku ini impian semua manusia - mahu mati dalam keadaan yang tak berdosa.

Aku nak cadangkan kepada pembikin filem atau sasterawan di sini, tulis tentang 'The Curious Case of Bik Mama'.

Hehehehehehehehe

Disneyland


Balkis, jom pergi Disneyland!
Pergi dengan gaya rock ala Hannah Montana...
(Syyhhh, jangan bagitau Abang KT).

Hehehehehehehehe

Rabu, 11 Mac 2009

Sabung

Dengar cerita dari mulut warga tempatan, Besut menjadi taruhan Sultan Kelantan sabung ayam! Betul ke tidak, wallahu'alam fis sawwab...

Disebabkan kalah, Besut menjadi hakmilik negeri Terengganu sehingga ke hari ini. Dan sehingga ke hari ini juga warga Besut mungkin tak boleh sebut 'sabun' sebagai 'sabung'.

Walaupun ada sejarah yang tertulis oleh Munsyi Abdullah, tapi cerita lisan yang tak tertulis ini boleh dijadikan sumber juga. Mungkin cerita ini terpaksa disembunyikan demi menjaga 'DAULAT TUANKU'.

Hehehehehehehehe

Isnin, 9 Mac 2009

.... Dan Keadilan Untuk Semua

Kau pukul kami dengan kayu ianya sakit!
Tapi rosakkan bahasa Melayu lagi sakit!
Kau ingat kau polis kau ada kuasa?
Kau ingat UMNO tu pun ada kuasa?

Kau buat kami hidup tersepit! yeah!
Jangan halang kami menjerit! yeah!
Atas nama Tuhan yang satu! yeah!
Tuhan yang satu!
Tuhan yang satu!
Lawan!

Bangsat!
Gelap mata gila harta!
Hayun cotar lontarkan gas
kami lawan!
Di jalanan
panas bahang!
Warga benar
Warga benar
Tuhan yang bagi kuasa!

Lagu di atas nyanyi ikut melodi lagu '...And Justice For All' dari kumpulan Metallica. Aku tujukan khusus kepada GMP dan pejuang bahasa dan warga sekalian. Walaupun tajuknya '...Dan Keadilan Untuk Semua' tidak bermakna kita kena sokong PKR!


Hehehehehehehehehe

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASUL MUHAMMAD.

Tepat

Pendirian seperti Hassan Ahmad dan GMP yang kita mahukan. Menuduh GMP sebagai boneka adalah satu penghinaan. Hassan Ahmad menegaskan bahawa dia seorang manusia yang berakal, berilmu, bukan monyet, dan bukan dalang!

Penyataan ini tepat ditujukan kepada manusia UMNO yang semakin hari semakin tak berakal dan tak berilmu.

Hehehehehehehe

Sabtu, 7 Mac 2009

Melayu: bahasa

Aku difahamkan, perkataan 'melayu' menurut bahasa Jawa bermaksud 'lari'. Contoh ayat, bocah-bocah ni melayu jo kerijonyo (budak-budak ni lari je kerjanya). Dan di kalangan Jawa, ada lawaknya tentang 'melayu' ni - ketika memburu di hutan, Wak terserempak dengan seekor babi. Maka lintang-pukanglah dia lari sambil berteriak kepada kawan-kawannya, "Melayu! Babi! Babi! Melayu!" (lawak ini terpaksa digam demi menjaga perpaduan dan kerana Jawa dipaksa masuk Melayu - kekekekeke).

Aku sebenarnya simpati dengan pejuang bahasa Melayu petang tadi. 'Part' kena sembur dengan gas tu yang aku tak boleh tengok. Memang lari lah orang bila FRU tembak je gas tu. Bayangkan (bayangkan saja!), dalam ramai-ramai tu, ada seorang Jawa. Bila saja FRU tembak gas, si Jawa ni pun bertempik, "Babi! (babi untuk makian kepada FRU) Oi, melayu! Melayu!"

Hehehehe

Jumaat, 6 Mac 2009

Pokoknya?

Pokok dan alam Melayu tak dapat dipisahkan. Bak kata Janggut dalam blognya, nama tempat di Tanah Melayu ini juga banyak diambil dari nama pokok - begitu senang menamakan sesebuah tempat. Tapi, ada sebuah kampung yang namanya tak diambil dari pokok iaitu Kampung Bunohan, Tumpat. Khabar sejarahnya, di situ terjadi banyak sangat kes bunuh - dahsyat kan?

Gautama Buddha juga mendapat inspirasi di bawah pokok yang diberi nama pokok suci bodhi. Yasu' al-Masih dilahirkan di bawah pohon tamar. Adam dan Hawa dibuang syurga kerana pokok khuldi.

Orang Melayu sangat berbangga jika rumah mereka bertiang seri kan batang pokok cengal. Orang Melayu juga boleh dikatakan sangat fasih tentang nama-nama pokok di hutan - meranti, jelutong, jati, nyatoh, kapok, ketapang dan sebagainya. Sangat berbangga sesebuah keluarga Melayu jika ada salah seorang dari mereka menjadi taukeh balak - kekekekeke. Adalah pekan sangat jika seseorang Melayu itu tidak tahu nama pokok.

Aku nak cerita pasal 'Pokok Demokrasi' atau 'PUN' (Pokok Undangan Negeri). Sebagai rakyat yang menghargai sejarah, marilah kita bersama-sama memagarkan dan pertahankan pokok itu agar tidak ditebang. Biarlah ianya pokok yang dicipta sejarahnya oleh Pakatan Rakyat, tapi kepada UMNO, bak kata pepatah Melayu (baru) "jangankan kerana Speaker, pokok ditebang" - kekekekeke.

Aku menyeru kepada rakyat Perak amnya, rakyat Ipoh khususnya, marilah kita pagarkan pokok bersejarah ini untuk ingatan anak cucu, sama seperti kita pagar pokok getah tertua di Kuala Kangsar (padahal pokok getah ni bukan disimbolkan sebagai patriotik malah simbol penjajahan). Samalah juga dengannya kita berbangga dengan bangunan-bangunan kolonial yang merata-rata di negeri Perak ni (ye lah, Sultan Perak juga yang panggil British masuk).

Hehehehe

Rakyat yang dibisukan dalam filim 'Cry of Wounded'


'Slumdog Millionaire' mungkin menarik, tapi selain filim 'City of Joy' dan karya-karya Satyajit Ray, filim 'Aakrosh' (Cry of Wounded) jangan ditinggalkan.

Sila cari dan tonton filim ini. Dapatkan DVD di kedai VCD berhampiran Semua House atau di Brickfields. Kalau kalian mahu filim Hindi yang tak ada nyanyian dan tari menari - inilah filimnya.